Search This Blog

Sunday, May 9, 2010

Cara Semulajadi Untuk Memperkasakan Sistem Imun Bagi Melawan Serangan Penyakit



Transfer Factor mewakili paradigma baru dalam pemakanan dan penjagaan kesihatan. Di antara bahan-bahan asli yang terkenal, Transfer Factorlah yang paling menakjubkan serta memberansangkan. Transfer Factor adalah hasil dari lebih 50 tahun penyelidikan oleh pakar dalam bidang perubatan.

Beratus-ratus saintis dan profesional perubatan terkenal dan dihormati di peringkat antarabangsa mengesahkan keberkesanan dan keselamatan Transfer Factor. Kajian-kajian oleh pakar-pakat tersebut dimuatkan dalam lebih dari 3,000 artikel di dalam jurnal perubatan (peer reviewed journal).

Transfer Factor bukan vitamin, mineral, herba, hormon atau ubat. Transfer Factor tidak mengandungi benda-benda asing, toksin atau membahayakan. Ia adalah protein kecil yang "memindahkan" keupayaan untuk membina imuniti dari penderma yang mempunyai imuniti kepada penerima yang tidak mempunyai imuniti. Beginilah cara bayi yang baru dilahirkan memperolehi imuniti mereka. Ketika baru dilahirkan, sistem imun bayi masih muda dan kurang berpengalaman. Dalam persekitaran yang baru, sistem imun bayi tidak akan mampu melawan organisma mikro yang datang menyerang dan dia akan menghadapi maut. Tindakan perlu diambil untuk mendidik sistem imun bayi agar dapat mengenali organisma mikro yang datang menyerang dan mengambil tindakan sewajarnya. Tuhan yang Maha Pencipta telah menetapkan prosedur yang diperlukan dan Transfer Factor adalah kunci dalam proses tersebut.

Proses bermula dengan bayi diberi susu pertama ibu yang dikenali sebagai kolostrum. Kolostrum bukan hanya mengandungi nutrien, ia juga mengandungi Transfer Factor. Transfer Factor dari sistem imun yang telah matang dan berpengalaman milik si ibu akan memindahkan keupayaan membina imuniti kepada sistem imun si anak. Transfer Factor juga memindahkan maklumat mengenai organisma mikro yang boleh mendatangkan penyakit dari sistem imun si ibu (penderma) kepada sistem imun si anak (penerima). Ini adalah proses semulajadi (ciptaan Allah) yang amat menakjubkan, ia membuat sistem imun bayi menjadi kuat dan cerdik lantas mampu mempertahankan diri dari serangan berjuta-juta organisma mikro. Susu formula tidak mengandungi Transfer Factor, oleh itu bayi yang diberikan susu formula selalunya mudah terkena alergi dan mempunyai tahap kesihatan yang tidak baik. Oleh yang demikian, ibu-ibu adalah digalakkan untuk menyusukan bayi mereka dengan susu mereka sendiri. Susu yang pertama keluar, yang seperti krim, mengandungi Transfer Factor yang paling banyak.

Namun begitu sistem imun menjadi semakin kurang efektif apabila usia kita semakin meningkat dan kita terdedah kepada berbagai risiko penyakit berbahaya. Berbagai kajian saintifik telah mengesahkan perkara ini. Antara penyebab utama adalah kekurangan nutrien, tabiat makan yang buruk, pencemaran udara dan air, tekanan dll.

Keberkesanan sistem imun perlu ditingkatkan dan maklumat mengenai organisma mikro baru perlu dibekalkan kepadanya jika kita ingin kekal sihat. Transfer Factor TM keluaran 4Life ResearchTM, yang diekstrak dari kolostrum susu lembu, mampu bertindak sebagai modulator kepada sistem imun manusia dan lain-lain spesis seperti binatang peliharaan. 4Life ResearchTM telah mempatenkan teknologi untuk mengenali Transfer Factor dalam kolostrum dan mengekstraknya (No. Paten US 4,816,563). Sebagai modulator, Transfer Factor berupaya mempertingkatkan kemampuan sistem imun melawan serangan musuh.

Keupayaan Transfer Factor dianggap oleh ramai pakar kesihatan sebagai penemuan yang paling menakjubkan dalam sejarah imunologi dan pecegahan penyakit. Untuk menilai manfaat besar yang Transfer Factor dapat berikan kepada anda dan keluarga anda, cuba tanya soalan berikut:



* Adakah anda selalu mendapat selsema dan sakit tekak?
* Adakah anda atau ahli keluarga anda sedang berhadapan dengan infeksi kronik?
* Adakah sesiapa dalam keluarga anda mempunyai kanser?
* Adakah anda ingin membuat keluarga anda berupaya melawan penyakit dengan sokongan imun canggih untuk seumur hidup?
* Adakah anda ingin memendekkan tempoh infeksi tanpa bergantung kepada antibiotik?
* Adakah anda mencari kemungkinan ada pemakanan tambahan yang begitu canggih dalam cara ia membantu melawan penyakit?


Dipaparkan pendapat beberapa pengamal dan pakar kesihatan mengenai Transfer Factor TM:
"Tidak syak lagi Transfer Factor TM merupakan penemuan terpenting dalam bidang kesihatan sejak penemuan penisilin dalam tahun 1928 dan vaksin polio dalam tahun 1952. Ia merupakan langkah berikut dalam evolusi sains pemakanan. Kesan nutrien ini ke atas sistem imun tiada tolok bandingnya "
- Rob Robertson Jr., M.D.
Bekas Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kecemasan, Hospital Western Baptist,

"Transfer Factor merupakan satu pencapaian terbaik dalam bidang penjagaan kesihatan sejak beberapa dekad yang lepas. Kami sedang mengkaji kesemua kemampuan Transfer Factor. Rawatan semulajadi atau rawatan alternatif seperti Transfer Factor merupakan gelombang masa hadapan."
- Victor Tutelian, MD, PhD, MPH.
Ketua Setiausaha Saintifk, Akademi Sains Perubatan Russia (RAMS); Pengarah, Institut Pemakanan RAMS, Russia.

"Imuniti yang dibekalkan oleh Transfer Factor kekal lama dan boleh menolong mereka yang menderitai berbagai jenis penyakit atau mereka yang ingin kekal sihat sejahtera tanpa mengira peringkat umur."
- Richerd Bennett, PhD.
Pakar Imunologi dan Pakar Mikrobiologi Penyakit Berjangkit. Penasihat kepada FDA dan USDA.


Kunci kepada kesihatan berkekalan adalah memperkasakan pertahanan sistem imun. Sebelum kita mengambil apa-apa langkah, kita perlu terlebih dahulu memberi perhatian kepada imuniti. Jadi, sebelum anda mengambil berbagai pemakanan tambahan untuk mempertingkatkan kesihatan anda, mulakan dengan sokongan imun.

"Dalam 43 tahun pengalaman saya sebagai doktor perubatan, saya tidak pernah berjumpa dengan produk farmaseutikal atau nutraseutikal seperti Transfer Factor yang mampu membantu orang ramai pulih dari penyakit atau mengekalkan kesihatan. Memandangkan kawan-kawan dan ahli keluarga saya mendapat manfaat dari penggunaan Transfer Factor, saya bertekad untuk berkongsi Transfer Factor dengan sesiapa sahaja dan di mana jua."
- Dr. C.K. Foo, M.D. Doktor Perubatan.


Ujian Makmal Bebas

Dalam bulan Februari 1999, Jurnal Pertubuhan Nutraseutikal Amerika menerbitkan hasil kajian ke atas 196 produk atau campuran produk asli, dipilih dari 400 produk yang telah diuji keupayaan masing-masing meningkatkan aktiviti sel Natural Killer (NK). Di bawah adalah 12 produk teratas dalam senarai:


Adakah Transfer Factor Disokong oleh Data Saintifik

Sehingga kini terdapat lebih dari 3,000 kajian saintifik dijalankan ke atas Transfer Factor oleh beratus-ratus penyelidik dan saintis dari lebih 70 buah negara. Kajian-kajian tersebut dibentangkan di Simposium Antarabangsa Mengenai Transfer Factor yang telah berpuluh kali diadakan di serata dunia.


Keselamatan Transfer Factor

Transfer Factor mempunyai rekod keselamatan yang cemerlang. Penyelidik memberi dos beratus kali ganda lebih dari dos yang disyorkan kepada sukarelawan. Dari pemerhatian yang dibuat, tidak terdapat sebarang kesan buruk atau kesan sampingan negatif.

Pengesahan Perubatan
Transfer Factor PlusTM dan Transfer Factor CardioTM tersenarai dalam Physicians' Desk Reference (PDR) 2003 for Nonprescription Drugs and Dietary Supplement! Buku ini menjadi rujukan kepada doktor di Amerika ketika menyediakan preskripsi kepada pesakit.

Produk Transfer FactorTM, sebagai modulator sistem imun, telah diluluskan pengunaanya di hospital dan klinik di seluruh Russia. Keputusan bagi sepuluh ujian klinikal berasingan dan dua eksperimen digabungkan dalam Dokumen Metodologikal. Dokumen tersebut telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Rusia, yang kini membenarkan para doktor menasihatkan pesakit mereka supaya mengambil produk Transfer FactorTM dan Transfer Factor PlusTM.

Kuasai Kesihatan Anda

Terpulang kepada diri masing-masing untuk mengambil langkah yang sewajarnya bagi menyokong dan memperkuatkan sistem imun. Kepincangan sistem imun telah menjadi sesuatu yang sangat diambil berat. Penggunaan bahan seperti Transfer Factor boleh memberi sumbangan besar kepada kekuatan imun, yang kemudiannya menentukan kualiti kesihatan kita dan akhirnya kehidupan kita.

Kesimpulan

Transfer Factor akan menjadi penemuan yang paling menakjubkan dalam bidang imunologi sehingga kini. Ketika tirai Abad Ke-21 sedang terbuka, molekul halus ini (Transfer Factor) akan memegang kunci kepada kesihatan dan kesejahteraan. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti teknologi terkini dalam penjagaan kesihatan, Transfer FactorTM sepatutnya berada di kedudukan teratas dalam senarai pemakanan tambahan anda.

4Life Transfer Factor




Apa itu transfer factor?

Transfer factor adalah molekul pembawa maklumat halus yang memindahkan maklumat imuniti dari satu entiti ke satu entiti yang lain, seperti di antara ibu yang menyusukan bayi yang baru dilahirkan. Transfer factor terkandung di dalam kolostrum susu ibu (bagi mamalia) dan kuning telor (bagi burung dan reptilia).

Apa itu kolostrum?

Kolostrum adalah susu awal ibu yang diperolehi dalam tempoh satu hingga tiga hari selepas bersalin. Selain dari mengandungi berbagai nutrien untuk kesihatan bayi, ia juga mengandungi transfer factor.

Apakah sejarah di sebalik transfer factor?

Pada tahun 1949 Dr. H Sherwood Lawrence, ketika membuat kajian mengenai penyakit batuk kering (TB), mendapati bahawa kecerdikan sistem imun individu yang sudah pulih dari penyakit boleh dipindahkan kepada individu lain yang belum terkena penyakit tersebut. Ia dijalankan dengan menggunakan molekul halus yang diekstrak dari sel darah putih pesakit berkenaan. Dr. Lawrence menamakan molekul halus tersebut sebagai transfer factor.

Apakah yang mendorong para saintis mencari transfer factor di dalam kolostrum?

Melalui pengamatan, didapati bahawa anak lembu yang tidak diberi susu awal ibu akan mati tidak berapa lama selepas dilahirkan walaupun diberi makanan lain. Infeksi dari serangan kuman, virus dan kulat adalah puncanya. Para pengkaji mendapati bahawa anak lembu yang baru dilahirkan tidak mempunyai sistem imun yang terbentuk dan tidak mengenali rupabentuk kuman, virus, kulat dan sebagainya. Dengan adanya transfer factor, sistem imun anak lembu dapat mengenali musuhnya lantas dapat mempertahankan diri dari serangan.

Apakah usaha untuk mengekstrak transfer factor dari kolostrum berjaya?

Ya. Pada tahun 1989 dua orang penyelidik, Dr. Gary Wilson dan Dr. Greg Paddock berjaya mengekstrak transfer factor dari kolostrum dengan menggunakan satu teknik ekstrak yang unik. Melalui teknik tersebut, yang kemudian telah dipatenkan di bawah Paten US 4,816, 563, transfer factor tulen berjaya diekstrak dari kolostrum, dikeringkan dan dijadikan kapsul untuk kegunaan orang ramai secara oral.

Mengapa kolostrum lembu dipilih sebagai sumber transfer factor?

Lembu mempunyai sumber susu awal yang sangat banyak. Kesesuaian transfer factor tidak terhad untuk spesies (jenis) yang sama sahaja. Oleh itu transfer factor yang diperolehi dari lembu sesuai untuk digunakan oleh manusia dan spesies lain. Lembu juga lebih terdedah kepada cabaran alam sekitar seperti kotoran, kuman ,virus, hama, kulat dan sebagainya menjadikan sistem imunnya jauh lebih kuat dari manusia. Ini bermakna transfer factor dari unsur kolostrum lembu mempunyai banyak "pengalaman" dan "kecerdikan" dalam mendidik dan merangsang sistem imun.

Apakah yang dimaksudkan dengan "kecerdikan" transfer factor?

Setiap manusia dan haiwan akan sentiasa diserang oleh berbagai-bagai jenis kuman, virus, kulat, hama, habuk, parasit dan perosak dari luar, yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Sistem imunlah yang bertindak sebagai benteng bagi melindungi kita dari musuh-musuh ini. Apabila musuh datang menyerang, gambaran rupa musuh akan disimpan dalam ingatan molekul halus yang diberi nama transfer factor. Transfer factor bertindak sebagai 'kamera penyimpan maklumat' rupabentuk musuh tersebut. Maklumat tersebutlah yang dirujuk sebagai "kecerdikan" transfer factor. Apabila musuh datang menyerang lagi, sistem imun mudah mengenali mereka.

Apakah Transfer Factor berkesan dan selamat dimakan?

Ya. Pada tahun 1999 keberkesanan dan keselamatan penggunaan transfer factor sebagai permakanan tambahan telah disahkan oleh beribu-ribu kajian klinikal di seluruh dunia. Para saintis mulai memahami implikasi besar terapi Transfer Factor di dalam menentukan kesihatan bukan hanya generasi masa kini malah masa hadapan.

Adakah Transfer Factor disokong oleh data saintifik?

Sehingga kini terdapat lebih dari 3,000 kajian klinikal dan rencana (dalam jurnal "peer-reviewed") yang diterbitkan mengenai Transfer Factor. Beratus-ratus orang doktor dan saintis ternama dan dihormati di peringkat antarabangsa, yang berasal dari lebih 70 buah negara, telah mengesahkan keberkesanan dan keselamatan penggunaan Transfer Factor. Semenjak 50 tahun yang lalu, lebih dari 40 juta Dollar US telah dibelanjakan untuk penyelidikan dan data kajian menunjukkan bahawa Transfer Factor menawarkan faedah imun yang luar biasa.

Kalau Transfer Factor begitu hebat kenapa para doktor tidak memberinya kepada pesakit mereka?

Terdapat ramai doktor di Amerika dan Eropah yang sudah mulai mengguna dan mengesyorkan Transfer Factor kepada pesakit mereka. Transfer Factor juga disenaraikan dalam buku PDR (Physicians' Desk Reference) iaitu buku yang menjadi panduan dan rujukan para doktor untuk mengesyorkan ubat. Terdapat beribu-ribu testimoni dari pesakit yang menggunakan Transfer Factor serta pengesyoran dari para doktor.

Jika transfer factor ada di dalam kolostrum, kenapa tidak ambil sahaja kolostrum?

Kolostrum hanya mengandungi sedikit transfer factor. Anda perlu mengambil 45,000mg kolostrum untuk mendapatkan 600mg transfer factor. Ini bermakna satu kapsul Transfer Factor sama kekuatannya dengan 75 biji pil kolostrum. Kolostrum juga mengandungi protein sistem imun (antibodi), yang hanya sesuai untuk anak lembu, yang boleh menyebabkan alergi kepada manusia. Transfer Factor tidak menyebabkan alergi kerana ia tidak mengandungi protein tersebut dan sesuai untuk semua spesies (termasuk binatang peliharaan yang lain).

Saya rasa saya cukup sihat, perlukah saya mengambil Transfer Factor?

Transfer Factor mendidik sistem imun untuk mengenali dan sentiasa bersedia menghadapi musuh yang datang menyerang pada setiap saat. Sistem imun bekerja tanpa henti dan kadangkala terpaksa berkerja "overtime" untuk melindungi diri kita dari sebarang bahaya. Proses penuaan dan kehidupan di zaman moden menjejaskan fungsi sistem imun dan ia perlu disegarkan semula agar terus dapat melindungi diri kita.

Adakah saya masih perlu mengambil Transfer Factor jika saya sudah pun menerima maklumat sistem imun ketika saya bayi?

Transfer factor yang kita terima dari ibu kita sewaktu baru dilahirkan dahulu membantu sistem imun kita menghadapi cabaran pada masa itu. Sekarang kita menghadapi banyak cabaran baru sedangkan sistem imun kita masih dengan "kecerdikan" lama serta semakin lemah akibat penuaan. Memperkasakan sistem imun merupakan langkah terbaik untuk kesihatan sepanjang hayat.

Apakah penyakit yang Transfer Factor boleh bantu menyembuhkannya?

Semua penyakit dalam kategori jangkitan viral, penyakit berparasit, penyakit malignan, penyakit mikobakterial, penyakit bakterial, jangkitan fungus (kulat), penyakit autoimun dan penyakit neurologikal; dari yang ringan seperti selsema kepada yang berat seperti barah, sakit jantung, buah pinggang, kencing manis, bisa lutut, sawan, alergi dan sebagainya. Apabila seseorang itu berpenyakit, itu menunjukkan bahawa sistem imunnya sudah kalah. Transfer Factor akan mengejutkan sistem imun dari tidur dan merangsangnya untuk melawan mikro-organisma yang menyebabkan penyakit tersebut.

Bolehkah seseorang yang alergik kepada susu atau laktosa mengambil Transfer Factor?

Seperti yang diterangkan di atas, Transfer Factor tidak menyebabkan sebarang alergi kerana ia tidak mengandungi susu, lemak susu atau gula susu (laktosa). Semua itu telah diasingkan oleh teknologi ekstraksi canggih milik syarikat 4Life Research Incorporated, yang terkandung dalam Transfer Factor adalah pati molekul "kecerdikan" atau "IQ" sistem imun.

Di manakah saya boleh memesan atau mendapatkan Transfer Factor?

Produk Transfer Factor tidak dijual di farmasi ataupun di klinik. Sesiapa yang berhajat untuk menggunakannya dan dalam masa yang sama ingin menjana pendapatan lumayan, bolehlah menghubungi saya di talian 019-9106588.

Terima kasih.

Tuesday, May 4, 2010

Jadilah Pekerja yang baik..

Pembangunan sesebuah negara amat bergantung rapat dengan tenaga pekerjanya yang mahir dan bermutu. Tenaga pekerja yang mahir hanya akan dapat diwujudkan menerusi perancangan strategik yang jitu berasaskan kepada sistem pendidikan rapi.

Kemahiran pekerja tidak juga memberi sebarang erti jika pekerja itu tidak memiliki akhlak yang tinggi. Ini kerana tanpanya, pada bila-bila masa dia boleh menjadi pemusnah kepada pembangunan yang dibangunkannya. Ini mengertikan bahawa kemahiran perlu digandingkan dengan ketinggian akhlak dalam diri seseorang pekerja agar dia benar-benar menjadi pekerja yang baik.

Dalam agama Islam, kebaikan seseorang pekerja diukur dengan sejauh mana kemampuan dan kejujurannya dalam melaksanakan kerjanya serta kesempurnaan hasil kerja yang dilakukannya. Dalam hubungan ini, kita dapati ayat 26, surah al-Qasas, menyebut bahawa pekerja yang baik ialah seorang yang kuat (al-qawiyy) dan beramanah (al-amin).

Dalam sebuah Hadisnya, baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah s.w.t. suka apabila seseorang itu membuat satu perkara (pekerjaan) dia melakukannya dengan tekun. Dalam riwayat yang lain baginda menyebut …apabila bekerja dia sentiasa memperbaiki mutu kerjanya (riwayat al-Baihaqi).

Ayat al-Qur’an dan Hadis tersebut mengisyaratkan kepada 3 ciri penting bagi seseorang pekerja yang baik:

Pertama: Memiliki kekuatan (al-quwwah).
Seseorang pekerja dalam apa jua pekerjaan pun memerlukan kekuatan, iaitu kekuatan tubuh badan dan akal. Kedua-duanya adalah perlu dalam melahirkan hasil kerja yang baik. Kekuatan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah luas dan menyeluruh. Ia bergantung rapat dengan jenis tugas atau tanggungjawab yang dibebankan. Kekuatan pekerja dalam sesuatu bidang, ertinya kepakaran, kecekapan dan kemampuan dalam bidang berkenaan yang berbeza dari kekuatan yang dikehendaki dalam bidang yang lain. Dalam hal ini, Ibn Taimiyyah menegaskan bahawa kekuatan bagi seorang panglima perang, bererti dia memerlukan keberanian hati, kecekalan jiwa, mengetahui pentadbiran ketenteraan dan strategi peperangan serta tipu helahnya. Apa yang disebutkan oleh Ibn Taimiyyah ini tentunya tidak sama dengan kekuatan yang perlu pada diri seorang ilmuan, penyelidik atau pentadbir.

Kedua: Memiliki sifat amanah.
Sifat ini merupakan satu keperluan asas pada diri seseorang pekerja. Tanpa memiliki sifat ini, pelbagai penyelewengan akan mudah berlaku. Pembentukan sifat amanah memerlukan kepada pendidikan rohani yang menjurus kepada iman dan taqwa kepada Allah kerana seseorang yang memiliki kedua-dua sifat ini tidak akan mengabaikan apa sahaja tanggungjawab yang diserahkan kepadanya; dia tidak akan mengkhianati agensi atau institusi tempat kerjanya, tidak akan menggunakan kesempatan yang diada-adakan untuk tidak hadir bekerja atau melewatkan kehadirannya, disamping dia tidak akan menyalahgunakan kepercayaan yang diberi dengan melakukan berbagai-bagai penyelewengan seperti menipu majikannya atau menghampakan pelanggannya dan juga orang-orang lain dan sebagainya.

Ketiga: Cekap dalam melaksanakan tugasnya.
Pekerja yang baik mampu mempamerkan kerjanya dengan sempurna dan sentiasa membaiki mutu kerjayanya dari masa ke semasa sesuai dengan perkembangan dan tuntutan semasa. Itulah yang dimaksudkan baginda: dia melakukannya dengan tekun… dan… sentiasa memperbaiki mutu kerjanya.

Usaha untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir memerlukan masa dan perancangan yang teliti. Kemahiran dalam sesuatu pekerjaan perlu dibentuk menerusi cara latihan yang berterusan dan disusun dengan rapi. Tentunya cara yang seperti ini menjadi tanggungjawab masyarakat dan negara untuk melaksanakannya.

Pekerja yang baik adalah modal insan yang sentiasa perlu dijana. Sama-samalah kita merenungi maksud Hadis baginda s.a.w. : Sesungguhnya Allah Taala mengasihi hambaNya yang beriman dan berusaha/bekerja (riwayat Ahmad) dan …apabila bekerja, dia sentiasa memperbaiki mutu kerjanya (riwayat al-Baihaqi)

Dalam Hadis yang lain baginda s.a.w. memberi amaran kepada pihak majikan agar memantau terlebih dahulu kebolehan atau kepakaran seseorang pekerja sebelum dia dilantik. Kebolehan dan kepakarannya hendaklah disesuaikan dengan bidang tugas yang akan diserahkan kepadanya. Dengan itu, pemilihan pekerja adalah berdasarkan kepada kelayakan dan kebolehan pekerja itu sendiri, bukannya merujuk kepada keakraban atau kepentingan lain di sebaliknya. Sabdanya yang bermaksud: Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya (riwayat al-Bukhari). Kecelaruan di antara kebolehan pekerja dan dengan bidang tugasnya itulah yang ditegaskan baginda sebagai alat kehancuran di dalam mana-mana organisasi.

Justeru, jadilah diri kita sebagai hamba dan pekerja yang baik kerana ini adalah ibadah yang dituntut.

Friday, April 30, 2010

SALAM UKHUWAH. SALAM PERKENALAN.

Bermulalah era blogging buatku... bismillahirrahmanirrahim!