Selamat Datang Ke Dunia Revolusi Kesihatan Terhebat Abad Ini!
Realiti hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Setiap manusia dikurniakan oleh Allah dengan peruntukkan masa yang sama untuk digunakan sebaik-baiknya iaitu 24 jam sehari-tidak lebih dan tidak kurang...
Gunakanlah ia sebaik-baiknya...untuk bekerja, untuk bermain, untuk mencari kualiti hidup yang lebih sempurna, untuk membantu sesama manusia...apa sahaja yang anda lakukan, lakukanlah dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan demi untuk mencari redha Allah.
Kesihatan adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Untuk mengekalkan kesihatan, kita perlu bekerja, kita perlu makan dan minum yang cukup (rohani dan jasmani), senaman yang cukup dan rehat yang cukup.
Berbicara soal makanan untuk kesihatan, makanan untuk rohani yang sihat ialah dengan melaksanakan segala kewajipan fardhu dan sunat yang telah ditetapkan oleh Islam seperti solat 5 waktu dan solat-solat sunat, berpuasa, bersedekah, membantu meringankan kesusahan orang-orang yang memerlukan, dan sebagainya. Manakala makanan jasmani ialah apa sahaja makanan yang halal lagi baik (halalan toyyiba), berkhasiat, bersih dan bermutu.
Walau apapun yang kita makan untuk mengekalkan kesihatan dan menjauhkan penyakit, mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya. Tapi bagi mereka yang telah diuji oleh Allah dengan penyakit, bersabarlah dan teruskan ikhtiar untuk mencari penawarnya...
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Tenunan pengalaman buat mematangkan minda, melengkapkan jiwa. Sulaman ilmu buat bekalan ke sana, membentang jalan ke puncak jaya..